Fish

Sunday, June 12, 2011

CIRI-CIRI MASYARAKAT PRASEJARAH

Paleolitik Awal
Tempat tinggal : Tinggal dalam gua secara nomad dalam kumpulan kecil. Sebab - menahan kesejukan di luar dan gangguan binatang buas.
Kegiatan ekonomi : memburu binatang, memungut hasil hutan dan menangkap ikan.
Alatan / Kemahiran : Alat dr batu yang ditajamkan sebahagian untuk tujuan memotong. Alat batu juga kasar buatannya . Digunakan sebagai senjata dan barang perhiasan. Cth alat : fist hatchet atau kapak tangan yg berfungsi sbg gergaji, pisau dan kapak. Juga menggunakan kaedah merepih batu. Juga menggunakan scrapper dan panah. Mempunyai kemahiran komunikasi dan menurunkan ilmu pengetahuan secara turun temurun.
Kesenian : Terdapat lukisan dan ukiran iaitu melukis pergerakan objek, mural dr binatang yg berlari, melompat, meragut, mengunyah makanan, melukis garis tambahan utk menunjukkan bahagian anggota bdn binatang yg bergerak.
Kepercayaan : Animisme - percaya kpd roh dan benda ghaib yang membawa kpd malapetaka dan kebaikan. Amalan ritual - upacara pengebumian.

Paleolitik Akhir
Tempat tinggal : Tinggal dalam gua dalam kelompok kecil secara nomad. Struktur lebih teratur.Bukti - penemuan tulang binatang di Salutre menunjukkan mereka memburu dalam kumpulan dan hasil dikongsi bersama.
Kegiatan ekonomi : memburu, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan bercucuk tanam.
Alat dan Kemahiran : Peralatan batu yg lebih bermutu dan lebih halus. Dibuat dr tulang , tanduk dan gading binatang. Alat lebih komplikated iaitu jarum yg dibuat dr tulang ikan, tempuling, lembing dan ank panah. Pakaian dr kulit binatang. Perhiasan - subang dan rantai ( gigi binatang dan cengkerang). Masyarakat ini tahu memasak : bukti - di Salutre Perancis terdapat timbunan tulang dr 100000 binatang dijumpai dan terdapat kesan pembakaran pada tulang. Tahu mengira - rantai dibuat dr gigi rusa disusun horizontal dgn alat tajam sbg rekod mengenai jumlah binatang dibunuh semasa pemburuan.
Kepercayaan : percaya terhadap kuasa ghaib, upacara ritual diamalkan semasa mengebumikan mayat. Memberi penghormatan pd simati dgn melukis dan mewarnakan mayat, meletakkan kedua tgn di atas dada dan menyertakan barang2 berharga sprt subang, rantai dan alat lain sprt senjata. Lukisan terdapat dalam gua merupakan imej binatang rusa, gajah, bison yg ditembusi anak panah ataupun lembing.
Kesenian : Lukisan dan ukiran.

Mesolitik
Tempat tinggal : tinggal menetap dalam kumpulan besar dan muncul kampung. Tetapi masih terdapat yang hidup secara nomad.
Kegiatan ekonomi : memburu binatang, menangkap ikan , memungut hasil hutan dan bercucuk tanam.
Alat dan Kemahiran : Alat batu halus buatannya. Cth : harpoon dan mata kail utk menangkap ikan. Juga terdapat tembikar sprt periuk dan belanga. Kemahiran - melukis dan mengukir pada dinding gua.
Kepercayaan : terdapat upacara ritual semasa pengebumian.

Neolitik
Petempatan : masyarakat mula menetap di kampung berdekatan sungai. Petempatan tertua ialah Jarmo , Utara Iraq dan mempunyai 150 orang tinggal dalam rumah yg dibina dr tanah liat. Catal Huyuk di selatan Turki juga meprupakan petempatan masyarakat Neolitik Rumah dibuat dr tanah liat, kayu dan batu. Antara ciri petempatan Neolitik ialah 1. rumah dibina dr tanah liat. 2. menjalankan pertanian & penternakan. 3. tradisi penggunaan tembikar. 4. rumah ibadat didirikan.
Kegiatan ekonomi : Pertanian dan penternakan disamping menangkap ikan. Aktiviti pertanian bermula di Asia Barat ( Jarmo, Jerico & Hecilar) Tanaman yg ditanam ialah gandum, barli , millet dan kacang. Penternakan - menternak binatang sprt kambing, biri-biri dan khinzir.
Pengeluaran hasil pertanian berlebihan menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan. Lahir gol petani, artisan dan tukang mahir. Dan melahirkan masyarakat yg mempunyai struktur sosial yg kompleks. Perdagangan juga dijalankan secara barter.
Peralatan / Kemahiran : mencipta tenggala utk membajak sawah . Penggunaan binatang besar2an sprt kerbau dan kuda. Penemuan roda menyebabkan kereta kuda dan lembu digunakan utk mengengkut hasil pertanian. Terusan dan tali air digunakan utk mengairi kawasan pertanian. Penemuan rakit dan perahu yg menyebabkan migrasi.
Institusi sosial : Kemunculan institusi keluargayang mewujudkan organisasi sosial. Bermula keluarga dan ketua kampung. Perkahwinan - monogami dan poligami. Institusi politik terhasil dr kemajuan pertanian. Sistem pentadbiran menjd sistematik apabila ketua dilantik mengarahkan kerja pembinaan dan penyelenggaraan terusan. Akhirnya memunculkan pemerintahan dan pentadbiran yang berperanan menyelesaikan hak masyarakat, menjamin pengagihan kekayaan, menjalankan penaklukan dan mempertahankan negara.
Kepercayaan : Animisme - percaya kpd kuasa luar biasa yg dianggap suci. Masyarakat Neo mempunyai semangat atau Tuhan yang mengawal alam semesta. melakukan pemujaan utk mententeramkan semangat unsur alam bg mengelakkan sebarang bencana alam yg memusnahkan hasil pertanian. Juga mengamalkan upacara ritual dan korbanbg meningkatkan kesuburan tanamn. Cth masyarakat Red Indian menarikan tarian ritual utk menjamin bekalan makanan mencukupi....
Kesenian : BoldAlat tembikar utk menyimpan makanan, bijirin dan air. Alat tenunan utk menenun bulu binatang dan gentian tumbuhan. Kemahiran menganyam bakul utk menangkap ikan...

Contoh soalan berkaitan
1. Bincangkan perubahan yang berlaku dalam kehidupan manusia zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.
2. Bincangkan peranan dan pengaruh alam sekitar dalam pembentukan cara hidup masyarakat berkebudayaan prasejarah dengan merujuk kpd contoh-contoh yang sesuai..

No comments:

Post a Comment